Bill Clinton Anjur Politik Pengharapan Dijadikan Landasan Capai Kemajuan

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI:Bekas presiden Amerika Bill Clinton menyeru pemimpin kerajaan dan politik supaya lebih memberi fokus terhadap politik yang mampu memenuhi harapan, bukan politik yang melahirkan pelbagai sungutan rakyat masing-masing, sekiranya mereka ingin melihat dunia ini lebih aman dan makmur pada masa akan datang.

Kata beliau, mereka juga perlu memastikan segala perkara yang baik terus dilaksanakan, di samping berusaha ke arah meningkatkan perkongsian kemakmuran serta bekerjasama demi kebaikan rakyat.

Beliau menyatakan perkara itu bagi menjawab soalan seorang pelajar INTI International University di sini tentang cara untuk mewujudkan dunia yang lebih aman pada sesi soal jawab selepas menyampaikan caramah selama 40 minit tentang kepimpinan belia dan amalan sivik kepada lebih 1,000 pelajar universiti itu serta pemimpin perniagaan dan pegawai kerajaan.

INTI International University adalah sebahagian daripada Laureate International Universities dengan Clinton sebagai canselor kehormatnya.

Majlis itu turut dihadiri Tan Yew Sing, pengasas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) INTI Education Group, dan Graham Doxey, CEO Malaysia bagi Laureate International Universities.

Dalam ceramahnya, Clinton juga menyentuh tentang Yayasan William J. Clinton, yang beliau asaskan selepas meninggalkan White House pada Januari 2001 dan usahanya mempertemukan para pemimpin sejagat, pelajar universiti serta warga sektor swasta untuk mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian inovatif bagi menghadapi cabaran dunia paling mendesak, termasuk peningkatan jumlah golongan miskin, perubahan iklim, kesihatan global dan pendidikan.

Kata beliau langkah untuk meningkatkan perubahan ke arah keadaan yang lebih baik dan mewujudkan peluang untuk rakyat adalah sesuatu yang sangat penting.

Sambil menegaskan bahawa oleh kerana agak mustahil untuk melihat sebuah dunia yang bebas daripada sebarang masalah, beliau berkata adalah sesuatu yang lebih pragmatik apabila seseorang itu memberi keutamaan terhadap usaha untuk mengatasi masalah yang mampu diselesaikannya.

Begitu juga, kata beliau, adalah perlu bagi seseorang itu memberi tumpuan terhadap isu yang boleh diselesaikan, bukannya terhadap perkara yang sukar untuk diatasinya.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu kerajaan "mengisi ruang kosong", contohnya dengan memberi bantuan kepada mangsa bencana di seluruh dunia.

Clinton berkata mereka yang dianugerahi pelajaran dan ilmu pengetahuan perlu memainkan peranan penting dalam NGO untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain kerana terdapat berjuta-juta manusia lain yang tidak berpeluang mendapatkan pendidikan yang sewajarnya bagi membolehkan mereka melakukan perubahan atau terpaksa hidup dalam kemiskinan dengan pendapatan kurang daripada US$2 sehari.

Bekas presiden Amerika itu juga menggesa pelajar supaya memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan yang mereka peroleh melalui Internet serta menginsafi bahawa pada masa lepas, seseorang itu perlu menghabiskan banyak masa untuk mencari ilmu pengetahuan.

Katanya kemajuan teknologi membolehkan manusia melibatkan diri dalam kerja kebajikan secara cekap dan pantas apabila wang boleh dipindahkan melalui penggunaan telefon bimbit.

Clinton, yang masih disebut sebagai "Mr President", juga memuji inisiatif yang diambil kerajaan Malaysia berhubung teknologi hijau dan berkata walaupun pelaburan dalam bidang itu mungkin kelihatan mahal pada peringkat awal, tetapi dalam jangka panjang, pulangannya amat lumayan.

Presiden Amerika ke-42 itu, yang merupakan penyokong kuat pasukan bola sepak Amerika, turut mengambil kesempatan mempromosikan bida negaranya untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2020.

"Amerika adalah satu-satunya negara di mana anda akan dapati semua stadium sesak dengan penonton bagi setiap perlawanan," katanya. Kali terakhir Amerika menjadi tuan rumah kejohanan itu ialah pada 1994. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan