Asfia Dilantik Speaker DUN Sarawak Penggal Kelima

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk satu penggal lagi.

Peguam berusia 63 tahun itu yang sebelum ini mencipta sejarah sebagai Speaker paling lama berkhidmat berikutan pelantikan bagi penggal keempat pada November 2008, akan meneruskan khidmat untuk penggal kelima selama dua tahun sehingga November 2012.

Istiadat mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berlangsung di Dewan Lapau, Bangunan DUN baru di Petra Jaya dekat sini, Jumaat.

Turut hadir Menteri Pembangunan Tanah Datuk Seri Dr James Jemut Masing, menteri-menteri muda kabinet negeri, anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, ketua-ketua jabatan dan pemimpin kaum. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan