750 Sukarelawan Bantu Bersihkan Rumah Mangsa Banjir Di Kedah Dan Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 750 sukarelawan terdiri belia dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan turun ke Kedah dan Perlis bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kedua-dua negeri itu.

Semalam mereka pergi ke Perlis dan hari ini membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena di Kedah.

Mereka dibekalkan peralatan seperti penyapu, mop dan plastik sampah yang disumbangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian itu Datuk Jamil Salleh program yang dianjurkan bersama Majlis Belia Negara itu melibatkan anggota-anggota persatuan belia dan Rakan Muda berumur antara 15 dan 35 tahun.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Mohd Zaidi Aziz berkata misi bantuan itu telah dilakukan sejak 1 November lalu dengan memberi bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir, dan untuk misi kali ini, ia memfokuskan kepada membantu penduduk membersihkan rumah.

"Disebabkan sudah ramai sukarelawan lain yang membersihkan kawasan awam, jadi kita mengambil inisiatif untuk membersih rumah mangsa banjir bagi membantu meringankan beban mereka," katanya.

Kedah dan Perlis adalah yang teruk dilanda banjir kali ini. Hari ini, keadaan di kedua-dua negeri itu, dilaporkan semakin pulih. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan