PAS Kaji Faktor Tewas Di Galas - Berita Semasa | mStar

PAS Kaji Faktor Tewas Di Galas

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHRU: PAS Kelantan akan melihat kemungkinan kesilapan strategi pimpinan parti termasuk oleh Menteri Besar yang juga Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai penyebab kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov lepas.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata kajian itu akan dilakukan oleh jawatankuasa khas post mortem pilihan raya kecil itu yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

"Jawatankuasa itu akan dibentuk sebaik sahaja Menteri Besar Kelantan kembali dari mengerjakan haji di tanah suci Mekah," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Pada pilihan raya kecil itu calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff, 49, menang dengan majoriti 1,190 undi setelah memperolehi 5,324 undi menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.

Nik Aziz berlepas ke Makkah bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, semalam. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan