Mykid Kini Boleh Diperoleh Dalam Tempoh Sejam

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan MyKid, kad pengenalan pintar untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, kini boleh diperoleh dalam tempoh sejam, bermula hari ini, berbanding sebulan sebelum ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam berkata langkah inovasi terbaru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dapat memudahkan urusan ibu bapa yang mendaftarkan kelahiran anak mereka.

Katanya kad pintar, yang bertujuan memudahkan rujukan maklumat dan data peribadi kanak-kanak, diperkenalkan sebagai MyKid Ekspress, berjaya menambah baik perkhidmatan jabatan berkenaan.

"MyKid boleh dipohon oleh ibu bapa sebaik saja mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan sijil kelahiran dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kad pengenalan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi JPN di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Pengarah JPN Datuk Alwi Ibrahim.

Bagaimanapun, Mahmood berkata buat masa ini, pelaksanaan MyKid Ekspress itu hanya boleh dilakukan di ibu pejabat JPN di Putrajaya sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada tahun hadapan.

Beliau berharap lebih ramai ibu bapa tampil membuat permohonan MyKid berikutan tempoh masa yang lebih singkat itu.

"Urusan menggunakan MyKid lebih mudah kerana ibu bapa tidak perlu membawa sijil kelahiran anak mereka ketika membuat urusan di mana-mana sahaja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan