MPPP Tidak Kenakan Syarat Tertentu Kepada Pemaju

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak mengenakan syarat tertentu kepada pemaju yang ingin membangunkan sesuatu kawasan termasuk menyediakan gantian unit setinggan di dalam kelulusan Pelan Kebenaran Merancang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow, bagaimanapun, berkata MPPP ada memohon kepada pemaju mengenai kaedah sesuai menyelesaikan masalah setinggan di kawasan yang akan dibangunkan kerana ia merupakan tanggungjawab pihak pemaju.

"Kaedah penyelesaian sama ada gantian unit rumah setinggan atau melalui bayaran pampasan, ia adalah mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Khamis.

Sebagai contoh, katanya, bagi kes Tanjung Tokong, pihak pemaju iaitu UDA Holdings menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan melalui kaedah berpindah sementara ke rumah panjang dan menyewa di tempat lain.

"Bagaimanapun MPPP tiada maklumat mengenai perjanjian di antara penduduk tempatan dengan pihak UDA untuk penempatan semula penduduk terbabit ke atas projek yang dicadangkan," katanya.

Selain itu, katanya, MPPP masih mempertimbangkan permohonan merancang oleh Tetuan Penang Turf Club untuk mendirikan 17 unit rumah banglo tiga tingkat di tanah Turf Club.

"Bagi cadangan pemajuan 'Penang Global City Center' oleh Abad Naluri Sdn Bhd pula telah ditolak oleh MPPP pada 6 Ogos 2008 dan setakat ini tiada permohonan baru yang dikemukakan di atas tapak pemajuan itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Chow berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan menggunakan nama-nama tokoh pemimpin pakatan pembangkang untuk nama jalan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan tokoh veteran itu dalam perjuangan politik.

"Kerajaan akan pertimbangkan sekiranya ada permohonan secara bertulis, bagi jalan sedia ada dalam negeri, sebarang permohonan untuk tukar nama perlu melalui Jawatankuasa Negeri Nama Geografi dan nama untuk jalan di kawasan perumahan baru ditentukan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan