Kerajaan Negeri Siasat Pembelian Dua Kenderaan Yayasan Selangor

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyiasat mengenai Pengurus Besar Yayasan Selangor telah memperoleh dua kenderaan untuk kegunaannya.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai pembelian dua kenderaan jenis Toyota Camry dan Toyota Fortuner untuk kegunaan seorang lagi pegawai di yayasan itu.

Khalid berkata, ia adalah perkara biasa kereta baru dibeli bagi menggantikan kereta lama tetapi menjadi persoalan adalah apabila dua buah kenderaan dibeli sekaligus.

"Saya difahamkan kenderaan tersebut untuk kegunaan rasmi dan kenderaan utiliti sukan (SUV) adalah untuk kegunaan dengan kedudukannya sebagai pengurus besar," katanya.

Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan Mat Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) yang mempersoalkan pembeliaan kereta itu.

"Kita tidak boleh membenarkan perkara seperti ini berterusan," katanya.

Shuhaimi turut melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai tindakan yayasan itu yang mengnajurkan majlis makan malam dengan kos sebanyak RM340,000 bagi merasmikan bangunan baru yayasan itu di Petaling Jaya.

Beliau berkata, angka kos itu adalah tidak munasabah dengan majlis yang diadakan.

Khalid dalam pada itu bersetuju dengan Shuhaimi bahawa tindakan itu adalah tidak patut dan merasakan menggunakan khidmat pengurusan acara tidak membantu dalam hal itu.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini menentang penggunaan khidmat pengurusan acara dalam menguruskan acara di negeri itu.

"Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan telah dijemput merasmikan upacara perasmian pembukaan semula bangunan itu yang Baginda sendiri rasmikan semasa menjadi Raja Muda Selangor beberapa tahun lalu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan