JAKIM Diarah Siasat Agama Bapa Murid Bawa Nasi Goreng Sosej Babi Ke Sekolah - Nazri

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas mengenal pasti status Beginda Anak Minda atau Noor Azman Abdullah, siasatan boleh dijalankan terhadap dakwaan anaknya Basil Anak Beginda dirotan guru akibat kejadian itu.

Katanya status agama Beginda perlu disiasat kerana mengikut keputusan muzakarah Fatwa Kebangsaan apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

"Selepas itu (baru) boleh sampai kepada kesimpulan apa juga keputusan tentang itu boleh tentukan kepada kenapa budak ini dirotan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Akhbar pada 5 Nov lepas melaporkan seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita Parti Keadilan Rakyat kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah.

Sehubungan itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak Datin Fatimah Abdullah berkata Jabatan Pelajaran Negeri itu akan meneliti kes berkenaan selain mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah.

Pada sebelah petang, Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching) memberitahu pemberita bahawa Basil bukan orang Islam berdasarkan status agama bapanya dalam sijil kelahiran kanak-kanak itu dan sijil perkahwinan ibu bapanya yang dihantar melalui e-mel kepadanya oleh ibu kanak-kanak itu hari ini.

"Menurut sijil itu, bapa kanak-kanak itu, Beginda Anak Minda tidak mempunyai agama manakala ibunya, Angela anak Jabing adalah Kristian. Jadi berdasarkan ini, kanak-kanak itu dibesarkan sebagai seorang penganut Kristian menurut agama ibunya," katanya.

Katanya persoalan yang berbangkit sekarang ialah kenapa Basil dirotan penolong kanan sekolah itu kerana membawa sosej babi ke sekolah.

Beliau mendakwa bahawa menjadi kebiasaan bagi kedai kopi di Sarawak menjual makanan hahal dan tidak halal di tempat yang sama dan bagi orang Islam dan bukan Islam untuk makan di meja yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan