Abdul Aziz Angkat Sumpah Sebagai ADUN - Berita Semasa | mStar

Abdul Aziz Angkat Sumpah Sebagai ADUN

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Abdul Aziz Yusoff yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November lepas hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang baru.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di hadapan Timbalan Speaker Mohd Zaki Ibrahim sebelum persidangan DUN bermula pada pukul 9 pagi.

Pada pilihan raya kecil awal bulan ini Abdul Aziz, 49, menang dengan majoriti 1,190 undi setelah memperolehi 5,324 undi menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang mendapat 4,134 undi.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima pada 27 September lepas kerana barah usus.

BN kini mempunyai tujuh wakil di DUN Kelantan manakala PAS 38. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan