3,000 Bayi Dilahirkan Menerusi Program Kesuburan LPPKN

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 3,000 bayi berjaya dilahirkan oleh pasangan bermasalah mendapatkan zuriat menerusi program rawatan kesuburan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1979.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan ia merupakan antara kejayaan terbesar Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam membantu pasangan bermasalah mendapatkan zuriat, yang boleh dikategorikan sebagai antara keluarga yang berisiko tinggi.

"Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan salah satu punca perselisihan faham dan perceraian dalam sesebuah keluarga," katanya kepada pemberita pada majlis "Observation of National Family Day" di sini, Rabu.

Ia diadakan sempena Forum Peringkat Menteri Asia Timur Mengenai Keluarga (EAMFF) kali keempat yang turut menyaksikan kehadiran 14 menteri dari negara-negara peserta forum itu.

Malaysia selaku tuan rumah forum dwitahunan itu kali ini mengutarakan tema "Keluarga Selamat dan Berdaya Tahan: Melindungi dan Memperkasakan Keluarga Berisiko dan Berisiko Tinggi". Forum tiga hari itu akan berakhir hari ini.

Ketika berucap merasmikan majlis itu, Shahrizat berkata, 30 peratus masalah kegagalan mendapatkan zuriat berpunca daripada pihak suami, isteri juga 30 peratus dan selebihnya faktor yang tidak dapat dikenalpasti.

"Kita ambil berat tentang keluarga-keluarga di Malaysia. Kerajaan akan beri perkhidmatan sebaiknya untuk bantu keluarga yang menghadapi masalah," katanya.

Pada masa ini terdapat tiga klinik rawatan kesuburan LPPKN di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Baharu.

Ia menawarkan pelbagai kaedah rawatan untuk membantu pasangan mendapatkan zuriat seperti rawatan Invitro Fertilisation (IVF) dan rawatan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah ketidaksuburan dikategorikan sebagai satu penyakit yang memerlukan rawatan seawal mungkin.

Kadar global subfertiliti adalah sekitar 15 peratus dan di Malaysia antara 10-15 peratus.

Pada majlis itu, Shahrizat turut melancarkan buku Panduan Jalinan Kasih Rawatan Subfertiliti yang diharap dapat membantu pasangan yang mempunyai masalah kesuburan untuk memahami masalah itu dengan lebih baik dan mencari jalan untuk mendapat rawatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan