Kedudukan Dalam Parti Ditentukan Anggota Bukan Individu - Azmin

Diterbitkan: Rabu, 10 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali berkata kedudukan beliau dalam parti itu ditentukan oleh anggota parti dan bukannya individu yang menentukan saf kepimpinan parti.

Dalam hubungan ini, katanya beliau tidak akan tunduk dengan desakan agar beliau mengundurkan diri daripada PKR kerana menerima sokongan baik untuk memberikan khidmat bagi membawa parti itu ke tahap yang lebih besar.

Azmin berkata demikian sebagai mengulas desakan Datuk Zaid Ibrahim agar beliau dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada parti itu kerana didakwa merekalah yang membawa masalah kepada PKR.

"Saya bersedia untuk mengambil peranan yang lebih kecil jika itulah yang diputuskan. Namun Alhamdullillah setakat hari ini dukungan oleh anggota parti untuk saya memimpin itu cukup kuat dan besar termasuk negeri Sabah," kata Azmin kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari Rabu.

"Maka bukan soal individu mahupun Zaid menentukan saf kepimpinan parti ini bermakna beliau tak menghormati prinsip dan amalan demokrasi di dalam parti," kata Azmin yang akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR.

Mengenai permintaan Zaid supaya proses pemilihan yang sedang diadakan ditangguhkan kerana dakwaan berlakunya manipulasi, Azmin berkata jika ada tuduhan mana-mana pihak perlu mengemukakan bukti, malangnya sehingga sekarang tidak ada bukti secara khusus dihantar kepada sekretariat Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk diteliti aduan-aduan berkenaan.

Oleh itu, beliau meminta pihak-pihak yang mengeluarkan dakwaan sedemikian supaya lebih bertanggungjawab dan tidak beremosi kerana semata-mata telah tewas dan tersungkur di beberapa negeri dalam pemilihan parti.

"Mengapa perkara ini tidak dibangkitkan pada hari pertama pemilihan semasa beliau mendapat sokongan, mengapa hanya setelah dua minggu pemilihan berlaku dan setelah tewas teruk di negeri Sabah baru perkara ini dibangkitkan.

Jadi banyak juga persoalan dibangkitkan anggota juga mengenai keikhlasan beliau dalam perkara yang dibangkitkan itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Kena Kacau Selepas Kerap 'Solek Hantu'

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan