Anwar Ibrahim Tidak Layan ‘Pandangan Peribadi’ Zaid

Diterbitkan: Rabu, 10 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Ini kali pertama pertama, saya mendengar pandangan beliau (Datuk Zaid Ibrahim) dan saya tidak perlu layan desakan tersebut.”

Demikian kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila calon Timbalan Presiden PKR itu mendesak beliau dan Naib Presidennya, Azmin Ali berundur daripada parti.

Bahkan kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang dipetik dalam portal Suara Keadilan turut menyifatkan desakan Zaid itu sekadar pandangan peribadi.

“Itu pandangan peribadi beliau dan bukannya pandangan pimpinan parti secara keseluruhannya,” kata Anwar.

Desakan Zaid itu berikutan Anwar dan Azmin dikatakan menjadi punca segala masalah dalam PKR yang mendakwa kedua-duanya mempunyai banyak isu.

Zaid berpendapat Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR manakala Anwar pula harus berundur daripada kepimpinan parti.

Kenyataan balas Anwar terhadap ‘pandangan peribadi Zaid’ itu turut disokong Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Ini kerana kata Yusmadi, KEADILAN adalah parti reformasi dan Zaid sepatutnya memperoleh undi yang banyak sekiranya kata-kata Zaid dipercayai rakyat.

Beliau turut berpendapat bahawa rakyat tahu siapa sebenarnya yang membawa reformasi, KEADILAN sebagai parti dan juga perubahan di Malaysia secara amnya.

“Saya minta supaya Zaid bermuhasabah diri dan melihat kembali di mana silapnya kerana masih belum terlambat untuk memperbetulkan perkara itu.

"Kenapa perlu merosak dan mengusutkan keadaan. Beliau sepatutnya bermuhasabah daripada menyalahkan orang lain,” kata Yusmadi.

Tindakan Zaid mendesak supaya Anwar berundur daripada parti turut dipersoalkan dan rasa tidak puas hati.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mempersoalkan siapa Zaid untuk membuat desakan tersebut.

“Siapa dia untuk mendesak Datuk Seri Anwar bersara, dia baru berapa hari dalam parti sedangkan saya sudah 12 tahun dengan parti pun tidak berani cakap begitu.

"Umum tahu, Anwar merupakan penyebab kebangkitan 82 kerusi yang telah kita tawan pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu," katanya.

Menurut Abdullah Sani, tindakan Zaid itu langsung tidak menyumbang kesan baik kepada parti malah kata-kata yang dikeluarkannya merosakkan fikiran anggota parti.

“Bagi saya, dia berhak berkata apa pun tetapi saya sebagai ahli parti merasakan ia merupakan kenyataan tidak bermoral dan orang yang kecewa,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan