Syarikat Swasta Disaran Tubuhkan Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Diterbitkan: Selasa, 9 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat dan pertubuhan di negara ini digalakkan menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, kata Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata pusat jagaan itu bukan hanya menyenangkan pekerja tetapi ia akan meningkatkan produktiviti syarikat.

"Dengan mempunyai tempat seperti itu, ia akan menyenangkan minda dan menjamin keselamatan kanak-kanak di tempat kerja dan membolehkan pekerja menumpukan perhatian dalam tugas serta meningkatkan produktiviti dan kesetiaan di kalangan pekerja," katanya ketika melancarkan peralatan SSM-Unicef untuk menubuhkan Pusat Jagaan Kanak-kanak di Tempat Kerja di sini, Selasa.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rosmah berkata pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja dapat mempromosikan imej yang lebih baik untuk syarikat.

Bagaimanapun, Rosmah berkata syarikat dan pertubuhan hendaklah menyediakan sistem pendidikan yang terbaik dan jangan semata-mata kerana mahu mewujudkan kemudahan seperti itu.

Ini kerana lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak lebih kritikal untuk pembesaran, pencapaian dan kejayaan sepanjang hidupnya, kata beliau.

"Mungkin sebab inilah saya komited dalam memastikan kanak-kanak kita diberikan pendidikan dan penjagaan sewajarnya seawal mungkin dalam kehidupan mereka.

Cabaran kita ialah untuk memastikan bahawa usaha kita untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi dan penjagaan semua kanak-kanak berterangkuman.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata ramai di antara 3.2 juta kanak-kanak yang berusia setahun hingga empat tahun di Malaysia tahun lepas, mempunyai ibu bapa yang bekerja.

"Fikirkan bagaimana ramai pekerja an syarikat akan memanfaatkan setiap tempat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja di Malaysia," kata beliau.

Pada majlis itu, Rosmah menyampaikan sijil penghargaan kepada Sime Darby Berhad, MK Land Holdings Berhad, Proton Holdings Berhad dan Kein Hing Industry Sdn Bhd kerana usaha mereka menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak bagi petugasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan