Presiden Austria Akhiri Lawatan Tiga Hari Ke Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 9 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Presiden Austria Dr Heinz Fischer berlepas pulang hari ini selepas melakukan lawatan tiga hari ke Malaysia.

Dr Fischer bersama-sama isteri, Margit Fischer serta anggota delegasi menaiki pesawat Austrian dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 9.40 pagi ini.

Turut hadir mengucapkan selamat jalan kepada mereka ialah Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor selaku menteri pengiring dan Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay.

Lawatan sulung presiden itu bertujuan menggalakkan persefahaman dan memperkembangkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Austria. Dr Fischer diberi sambutan rasmi di Dataran Parlimen semalam sebelum diraikan pada majlis santapan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara.

Ketika di sini Dr Fischer berkesempatan melawat mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas selain merasmikan Forum Perniagaan Austria-Malaysia di Kuala Lumpur sebelum melawat bandaraya bersejarah Melaka.

Austria merupakan rakan dagang Malaysia yang ke-11 terbesar dalam Kesatuan Eropah dan di kalangan negara Asean, Malaysia merupakan rakan dagang ketiga terbesarnya selepas Thailand dan Singapura.

Pada Forum Perniagaan Austria-Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat-syarikat Austria supaya meneroka peluang pelaburan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan menyaksikan pelaksanaan 131 projek permulaan bernilai lebih Euro 98.2 bilion dan 60 peluang perniagaan ernilai Euro 79.7 bilion.

Sehingga Julai tahun ini, sebanyak 11 projek pembuatan Austria bernilai Euro 42.5 juta telah dilaksanakan dan sebanyak 10 projek tambahan bernilai Euro 19.7 juta juga diluluskan.

Projek-projek ini bertumpu terutamanya dalam produk tekstil dan tekstil, produk kimia dan bahan kimia, barangan elektronik dan elektrik, produk asas logam serta peralatan dan jentera.

Sehingga kini sebanyak 40 syarikat Austria beroperasi di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan