Keputusan Zaid Tarik Diri Mungkin Beri Lebih Masalah Kepada PKR

Diterbitkan: Selasa, 9 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan tersebut dan meletakkan semua jawatannya dalam parti berkemungkinan mendatangkan lebih banyak musibah kepada PKR. Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Zaid membuktikan dakwaan bahawa terdapat penyelewengan dalam pemilihan parti tersebut.

Beberapa perkembangan lain:

> Zaid hari ini dalam satu sidang akhbar khas menggesa Anwar dan Azmin melepaskan jawatan dan kedudukan mereka dalam PKR.

> Zaid juga mendakwa mereka berdualah sebenarnya punca kepada masalah di dalam PKR sekarang.

> Beberapa calon yang bertanding merebut jawatan tinggi termasuk di sayap Wanita dan Pemuda dikatakan bersedia untuk menarik diri. Mereka mengadu pucuk pimpinan parti gagal menyelesaikan dakwaan berlakunya manipulasi dalam undian.

> Zaid mendakwa beliau hanyalah seorang yang bersuara lantang yang mewakili pandangan dan hasrat kebanyakan penyokongnya.

> Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, nama Zaid masih tertera pada kertas undi dan beliau masih merupakan calon yang bertanding untuk jawatan timbalan presiden kerana belum menyerahkan surat peletakan jawatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan