Zaid Mesti Buktikan Dakwaan - Anwar

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Datuk Zaid Ibrahim membuktikan wujudnya penipuan dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution Ismail pada Ahad lalu menjelaskan kertas undi yang digunakan pada pemilihan MPP mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tidak memungkinkan sebarang ketirisan berlaku.

"Saya telah membaca kenyataan Zaid (berhubung peletakan jawatannya) dan pucuk pimpinan berpendapat sebarang tuduhan dakwaan boleh dikemukakan (kepada kami)," Anwar memberitahu pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Beliau mengulas penarikan diri calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim daripada bertanding jawatan berkenaan dan semua jawatan dalam parti itu pada pagi Isnin.

Anwar berkata, dakwaan Haris Ibrahim dalam blognya pada Jumaat lepas, terdapat kira-kira 1,000 kertas undi boleh dibeli untuk digunakan pada pemilihan minggu ini bagi tujuan memenangkan calon masing-masing adalah tidak benar dan telah diperjelaskan.

Sumber tersebut mendakwa Azmin Ali, pesaing Zaid untuk merebut jawatan Timbalan Presiden ialah dalang di sebalik penipuan undian tersebut.

Mengenai kesediaan pucuk pimpinan untuk menerima peletakan jawatan Zaid, Anwar berkata, mereka belum menerima surat pemohonan letak jawatan daripada Zaid.

"Kami perlukan sumbangan dan penglibatan semua pemimpin termasuk Zaid," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan menggesa Zaid untuk mempertimbang semula keputusannya untuk meletakkan semua jawatan dalam parti.

Anwar menyifatkan dakwaan Haris sebagai tidak berasas dan Zaid tidak sepatutnya membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

Berhubung sama ada Zaid masih bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, Saifuddin berkata, nama Zaid masih tertera pada kertas undi dan beliau masih belum menerima surat peletakan jawatan daripadanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan