Sukar Diramal Bila Merapi Akan Berhenti Meletus

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YOGYAKARTA: Kelakuan Merapi yang berubah pada letusan kali ini menyulitkan pakar-pakar gunung berapi meramalkan bila ia akan berhenti meletus dan kembali normal.

Mereka percaya gunung berapi teraktif di dunia itu masih menyimpan tenaga besar di dalam perutnya yang belum dikeluarkan.

Sejak letusan pertama pada 26 Okt lepas gunung berapi berusia 400,000 tahun itu terus meletus, malah letusan pada dinihari 5 Nov dianggap paling dahsyat sejak seabad lepas apabila ia menyembur awan panas abu volkanik setinggi 8,000 meter ke udara.

Kejadian awal pagi Jumaat itu telah menyebabkan hujan abu kerikil volkanik sehingga kota Yogyakarta, yang terletak 32km dari puncak gunung berapi itu, selain turut mengorbankan lebih ramai penduduk di lereng gunung itu.

Sejak letusan pada 26 Okt, lebih 100 penduduk di sekitar lereng gunung berapi itu mati, kebanyakannya akibat terkena awan panas abu volkanik yang suhu panasnya 600 darjah selsius.

Pasukan mencari dan menyelamat percaya masih ada lagi mayat di kawasan penempatan yang teruk terkena awan panas abu volkanik itu, namun usaha mencari dan membawa keluar mereka terhalang oleh kejadian letusan yang berlaku dari semasa ke semasa.

Laporan-laporan menyebut letusan Merapi sehingga kini telah memusnahkan 26 kampung serta sejumlah besar tenakan lembu milik masyarakat kampung.

Sejak letusan awal pagi Jumaat itu, pihak berkuasa telah meluaskan radius kawasan keselamatan iaitu 20 km dari puncak Merapi. Sebelum ini radius keselamatan ialah 10km dari puncak merapi tetapi kemudiannya ia dinaikkan ke 15km apabila letusan semakin besar berlaku.

Penduduk, yang telah bertahun-tahun biasa dengan letusan Merapi pun kini mula panik dengan perilaku gunung berapi yang luar biasa kali ini dan secara sukarela meninggalkan rumah masing-masing dan menumpang di pusat-pusat pemindahan, menjadikan kawasan penduduk seperti pekan mati.

Keadaan ini menyebabkan pusat-pusat pemindahan yang sebelum ini hanya menampung belasan ribu penduduk kini terpaksa menampung lebih 200,000 orang.

Lapangan terbang AdiSucipto di Yogyakarta telah beberapa kali ditutup dan dibuka kembali kerana landasannya dipenuhi abu volkanik selain jarak penglihatan yang menjadi semakin dekat apabila letusan Merapi berlaku.

Kerajaan Malaysia telah menerbangkan pulang 378 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Yogyakarta dengan tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Lapangan terbang AdiSoemarmo, Solo petang semalam.

Turut diterbangkan pulang bersama mereka ialah 23 rakyat Malaysia yang terkandas di sini apabila lapangan terbang di Yogyakarta terpaksa ditutup beberapa kali.

Penuntut berkenaan diberi cuti seminggu oleh pusat pengajian masing-masing apabila hujan abu dan kerikil turun di Kota Yogyakarta awal pagi Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan