Sidang DUN Pulau Pinang Disambung Dengan Perang Mulut

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disambung hari ini selepas ditangguhkan untuk sambutan perayaan Hari Deepavali, bermula pagi ini dengan perang mulut antara barisan pembangkang dan wakil kerajaan negeri.

Perang mulut itu bermula selepas Ng Wei Aik (DAP-Komtar) mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan mesyuarat untuk membincangkan demonstrasi yang berlaku di luar bangunan DUN pada Selasa lepas.

Dalam membentangkan usul, Ng berkata usul itu perlu dibincangkan dengan segera kerana demonstrasi liar dan ganas dianggap mengganggu perjalanan mesyuarat serta menghina DUN.

"Tindakan seorang penyokong demonstrasi yang merantai dirinya pada pintu pagar DUN dianggap satu tindakan yang amat ganas dan liar. Adakah ini bertujuan untuk mengurung semua ADUN termasuk dari pihak pembangkang?" katanya ketika membentangkan usul itu.

Ng turut menamakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, sebagai antara yang bertanggungjawab terhadap demonstrasi itu.

Ketika membahaskan usul itu R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) mengeluarkan keratan akhbar tempatan yang memaparkan gambar Norman dalam demonstrasi tersebut.

Rayer juga menuduh bahawa wang sumbangan kepada warga emas itu yang hendak dipulangkan kepada kerajaan negeri berkemungkinan wang Umno.

Katanya, ucapan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) pada Perhimpunan Umno yang baru lalu di Kuala Lumpur, telah mencetuskan demonstrasi itu.

Muhammad Farid bingkas bangun dan minta Rayer mengemukakan bukti bahawa ucapannya membawa kepada demonstrasi.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan mengatakan Rayer tidak memahami usul yang dibincangkan kerana ia adalah mengenai demonstrasi minggu lalu dan bukannya isu wang sumbangan.

Rayer mencabar barisan pembangkang supaya mengemukakan nama, alamat dan nombor kad pengenalan warga emas yang terlibat memulangkan wang RM100 yang diberi kerajaan negeri.

Pemangku ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata bahawa dalam isu pemberian wang sumbangan itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri telah mengelirukan rakyat.

"Mungkin disebabkan kekeliruan rakyat tentang kenyataan Lim yang membawa kepada demonstrasi minggu lalu," katanya.

Selasa lepas, lebih 100 orang, kebanyakannya penduduk Kampung Genting, Balik Pulau dan anggota Pemuda Umno mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang kerana gagal menyelesaikan isu berkaitan tanah di Balik Pulau dan pemberian wang sumbangan itu yang didakwa berpunca daripada hasil judi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan