Semua Pejabat Daerah Perak Diarah Bersedia Hadapi Banjir

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Semua pejabat daerah di Perak diminta membuat persediaan awal menghadapi kemungkinan banjir terutama dalam aspek kebajikan dan pusat pemindahan mangsa bencana itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata persediaan rapi itu perlu diadakan segera kerana beberapa kawasan terutama di daerah Kerian, Hilir Perak dan Batang Padang menunjukkan amaran peringkat kuning, dua minggu lepas.

"Namun setakat ini keadaan masih terkawal. Saya telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim membuat persediaan dan beliau telah mengadakan mesyuarat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Bandar Baru Tapah di sini, Ahad.

Zambry berkata isu banjir tidak boleh diambil ringan kerana ia melibatkan soal nyawa manusia dan harta benda orang ramai.

Sehubungan itu katanya persediaan perlu diadakan segera supaya ia tidak meimbulkan sebarang kesulitan dan kelewatan menyalurkan bantuan.

Beliau juga berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri telah menerima peruntukan RM9 juta sebagai persiapan mencegah banjir termasuk pembelian pam besar.

"Sebanyak RM4 juta daripada peruntukan itu akan digunakan di Kerian manakala selebihnya di Hutan Melintang untuk menangani banjir. Saya harap peruntukan itu digunakan pada kadar segera," katanya.

Antara kawasan di Perak yang kerap dilanda banjir adalah Alor Pongsu, Parit Buntar, Bukit Merah, Selama, Hutan Melintang dan Kampung Gajah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan