Puasa Arafah Pada Selasa, 16 November

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puasa hari Arafah untuk umat Islam di negara ini, ialah pada 16 November bersamaan 9 Zulhijjah, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini berikutan penetapan Hari Raya Aidiladha pada 17 November dan permulaan 1 Zulhijjah, hari ini.

Katanya, pada tahun ini Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada tarikh yang sama.

Mengenai penentuan Hari raya Aidiladha tahun ini, katanya cawangan falak jabatan itu telah menggunakan kaedah rukyah atau cerapan dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah iaitu kebolehnampakan, yang turut diterima oleh Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura sejak 1992.

"Berdasar rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431 Hijrah di sebanyak 30 tempat cerapan rasmi di negara ini oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada Sabtu lepas, telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Hasil data cerapan tersebut kedudukan hilai atau anak bulan telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur rukyah atau kebolehnampakan," katanya sambil menambah semalam telah ditetapkan sebagai hari genapnya bulanbZulkaedah dan hari ini sebagai permulaan Zulhijjah.

"Kriteria imkanur rukyah adalah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah," katanya.

Wan Mohamad berkata, satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Beliau berkata, orang ramai boleh mengakses dan merujuk Info Kriteria Imkanur-rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web jabatan itu di www.islam.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan