Peranan Anggota Bakti Lebih Sekadar Isteri Pemimpin: Rosmah - Berita Semasa | mStar

Peranan Anggota Bakti Lebih Sekadar Isteri Pemimpin: Rosmah

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peranan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) bukan sekadar sebagai isteri pemimpin negara, tetapi juga adalah pemangkin kepada usaha pemimpin negara dalam memacu kemakmuran dan kesejahteraan tanah air.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor berkata komposisi anggota Bakti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, keturunan, profesion dan pengalaman, adalah satu kekuatan kerana dapat menyumbang daripada pelbagai aspek seiring dengan aspirasi gagasan 1Malaysia.

"Sepanjang lebih 50 tahun merdeka, golongan wanita membentuk majoriti penduduk negara ini yang terus menjadi tulang belakang pembangunan Malaysia.

"Oleh itu, janganlah kita sesekali melupakan peranan wanita di sisi pimpinan negara. Mereka bukan sekadar golongan isteri tetapi lebih jauh daripada itu," kata isteri Perdana Menteri itu ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Bakti di sini malam Ahad.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengiringi isterinya selaku Naib Yang Dipertua Bakti Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Hadir sama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Rosmah berkata kepelbagaian latar belakang itu adalah satu aset yang menjadikan Bakti sebuah organisasi yang unik dan berprofil tinggi serta sentiasa bergiat aktif untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Katanya, selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", Bakti telah dan akan terus berbakti kepada masyarakat yang memerlukan dan yang kurang bernasib baik termasuk golongan kelainan upaya dan pesakit kronik khususnya kaum wanita dan kanak-kanak.

Rosmah berkata kelainan dan kebitaraan Bakti juga sering mendapat perhatian isteri ketua-ketua kerajaan lain yang diluahkan ketika beliau bertemu mereka.

"Mutakhir ini kita sangat berbangga kerana Bakti tidak sekadar menjadi role model kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia bahkan kini menjadi rujukan kepada negara lain di seantero dunia," katanya.

Beliau juga mengingatkan anggota-anggota Bakti agar terus bergerak secara dinamik dalam memainkan peranan dan memberi sumbangan yang sewajarnya seiring dengan tuntutan agenda semasa. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan