Lapan Cedera Kilang Rim Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERAI: Lapan pekerja kilang membuat rim motosikal, Excel Rim Sdn Bhd di Kawasan Perusahaan Prai di sini, cedera apabila sebuah mesin pengumpulan habuk di kilang itu meletup ketika mereka sedang bekerja.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Razam Taja Rahim berkata, letupan itu telah mengeluarkan percikan api yang menyebabkan kilang berkenaan kemudiannya hangus terbakar.

Katanya, ketika kejadian pada 10.15 pagi itu kesemua lapan pekerja yang tercedera dipercayai tercampak akibat letupan gas dan terkena bahang api.

Mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pakar Bagan untuk rawatan manakala 70 lagi pekerja yang sedang bertugas terselamat.

Mohamad Razan berkata, sebaik pasukan bomba tiba di tempat kejadian, api telah marak di seluruh bangunan kilang dan beberapa serpihan besi dilihat bertaburan.

"Bomba mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran dan terpaksa menggunakan semburan buih untuk mengawal api," katanya.

Jumlah kerugian dianggarkan lebih RM1 juta.

Letupan mesin pengumpulan habuk kilang itu juga telah merosakkan dua buah kilang lain yang terletak 100 meter dari kilang itu. Sebuah daripada kilang itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung.

Katanya, bomba masih menyiasat punca kebakaran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan