Kerajaan Pas Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Pusat Bina Taman Halal Hab

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan pada Isnin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana membiayai sepenuhnya peruntukan bagi merealisasikan pembangunan Taman Halal Hab di Pasir Mas yang bernilai RM63.16 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pembangunan Masyarakat negeri Datuk Anuar Tan Abdullah berkata pembinaan taman di atas tanah seluas 43.4 hektar di Mukim Apam, Pasir Mas itu dibangunkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Projek Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER).

"Kerajaan negeri amat berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana membiayai sepenuhnya pembinaan Taman Halal Hab ini.

"Pembangunan taman ini akan dimulakan pada awal tahun 2011 dan dijangka beroperasi sepenuhnya dua tahun selepas itu iaitu pada 2013," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sistem kad e-nikah yang diperkenalkan di negeri itu sejak 2007 berjaya membantu menjana ekonomi tambahan kepada negeri.

"Bermula 2008 sehingga kini, sebanyak 97,262 kad e-nikah telah dikeluarkan di negeri ini.

"Hasil perolehan pada 2008 dan 2009 sekitar RM3.3 juta setahun berbanding RM2 juta setahun pada 2006 dan 2007 sebelum kad e-nikah diperkenalkan," katanya menjawab soalan Dr Nik Mazian Nik Mohamed (PAS-Gaal). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan