Jumlah Penginapan Hotel Di Pulau Pinang Merosot - Pemuda Gerakan

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Pemuda Gerakan, Oh Tong Keong berkata mengikut laporan, jumlah penginapan hotel di Pulau Pinang merosot sebanyak 7.1 peratus berbanding tahun 2008 dengan tahun 2009.

Beliau berkata berdasarkan laporan Institut Kajian Sosio Ekonomi dan Alam Sekitar Pulau Pinang, jumlah penginapan adalah sebanyak 64.7 peratus pada 2008 tetapi jatuh kepada 57.6 peratus pada 2009.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan Kementerian Pelancongan baru-baru ini bahawa jumlah pelancong yang datang ke negeri ini jatuh daripada 6.3 juta orang kepada 5.9 juta orang pada 2009, katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

"Ini jelas menunjukkan kerajaan negeri masih gagal mengadakan aktiviti dan program-program yang baru untuk menarik pelancong.

"Aktiviti seperti Larian Jambatan Pulau Pinang, Pesta Pulau Pinang, Pesta Chingay dan Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa adalah program yang diperkenalkan semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang.

"Sehubungan itu kerajaan negeri sekarang harus mewujudkan program-program baru untuk menarik pelancong asing dan bukan bergantung dengan program lama," kata Oh. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan