JKM Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir - Shahrizat

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

POKOK SENA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Isnin mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bersiap sedia sekiranya berlaku gelombang kedua banjir terutama di Kedah, Perlis dan Kelantan.

Beliau berkata walaupun keadaan banjir telah beransur pulih, JKM diarah bersedia sebagai persiapan menghadapi sebarang bencana dalam tempoh terdekat.

"Tanggungjawab kementerian melalui JKM tidak akan terhenti di sini, selepas ini pegawai JKM akan menguruskan bantuan pemulihan kepada mangsa-mangsa banjir seperti memberi kaunseling," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau mengiringi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat keluarga mangsa lemas iaitu Nurul Nadia Mohd Shukor, 13, dan Nurul syafika Mohd Shukor, 9, di kampung Teriak, Telaga Mas di sini.

Shahrizat berkata JKM telah mengenalpasti 5,124 pusat pemindahan yang boleh menampung lebih 1.3 juta orang sekiranya berlaku banjir gelombang kedua.

Beliau berkata bekalan barangan keperluan untuk mangsa banjir juga telah disediakan di depot-depot bencana bagi membolehkan ia diedarkan segera jika berlaku bencana.

Bekalan yang disediakan ialah 5,000 unit bagi setiap barangan iaitu tilam, bantal, selimut, tikar dan kit bencana, katanya.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata lebih 1,000 anggota Skuad Sayang wanita Umno akan turun padang bagi membantu membersihkan kawasan yang terjejas dalam bencana banjir di negeri ini.

"Jentera Skuad Sayang dari seluruh negara telah mula turun dan membantu kerja-kerja pemulihan di negeri ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan