Banjir: Pokok Sena, Pendang Pulih Dan Kubang Pasu Semakin Baik

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah semakin pulih dengan semua pusat pemindahan di dua daerah iaitu Pokok Sena dan Pendang ditutup sepenuhnya petang ini.

Sehingga pukul 4 petang, hanya 56 buah pusat pemindahan masih dibuka di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan banjir ialah 22,829 orang dari 5,761 keluarga, berbanding 28,208 orang pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata, jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar ialah 16,760 orang dengan 4,112 keluarga manakala di Kubang Pasu mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 6,069 orang melibatkan 1,649 keluarga.

Sebanyak 39 buah pusat pemindahan banjir masih dibuka di Kota Setar manakala di Kubang Pasu masih terdapat 17 buah pusat pemindahan beroperasi.

Jurucakap itu berkata, semua mangsa di daerah Pokok Sena dan Pendang sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat selepas air di kawasan mereka surut sepenuhnya.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pelajaran Kedah berkata sebanyak 50 buah sekolah masih ditutup iaitu lapan di Kubang Pasu dan selebihnya di Kota Setar.

"Ada juga sekolah-sekolah tersebut dijadikan pusat pemindahan banjir dan ada juga yang masih ditenggelami air," katanya. Sehingga petang ini, semua jalan telah dibuka kepada lalu lintas.

Hanya empat jalan sahaja yang masih digenangi air iaitu Jalan Alor Setar-Kangar, Jalan Gunung Keriang-Alor Janggus, Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang dan Jalan Titi Besi-Kampung Pasir.

Tinjauan di sekitar Bandaraya Alor Setar mendapati kebanyakan premis perniagaan telah beroperasi seperti biasa.

Bekalan elektrik dan air sudah pulih di kebanyakan tempat, cuma masalah tekanan air dan bekalan air bersih masih menjadi masalah kepada kebanyakan penduduk. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan