SPDP Saran Sarawak Pertimbang Jadikan Deepavali Cuti Umum

Diterbitkan: Ahad, 7 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan Ikom hari ini mencadangkan agar kerajaan Sarawak mempertimbangkan sambutan Deepavali sebagai hari cuti umum di negeri itu.

Ini kerana katanya, walaupun Sarawak tidak bercuti pada hari tersebut, banyak urusan kerja khususnya yang melibatkan negeri-negeri lain tidak dapat dilakukan kerana Deepavali adalah cuti umum bagi mereka.

"Sarawak tidak bercuti pada hari Deepavali, tetapi banyak urusan kerja melibatkan transaksi di ibu pejabat di Kuala Lumpur (misalnya), tidak dapat dibuat pada hari tersebut seperti urusan perbankan dan perniagaan lain.

"Kita harap Sarawak akan dipertimbang untuk membuat cuti umum seperti juga Sabah pada masa akan datang," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Deepavali yang julung kali diadakan SPDP, di sini Ahad.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi berkata Sarawak hanya satu-satunya negeri di negara ini yang belum menjadikan sambutan Deepavali sebagai cuti umum.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun jumlah kaum India di Sarawak hanya sekitar 5,000 orang, namun atas semangat 1Malaysia cadangan itu wajar dipertimbangkan.

Dalam pada itu katanya, beliau yakin masyarakat kaum India di negeri itu tetap menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya yakin kaum India di Sarawak bersama kita (BN) dan parti-parti komponen BN tidak akan mengabaikan nasib kaum ini," katanya.

Pada majlis hari ini kira-kira 300 kaum India diraikan oleh SPDP. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan