Presiden Austria Tiba Untuk Lawatan Tiga Hari Ke Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 7 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Presiden Austria Dr Heinz Fischer tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Dr Fischer yang diiiringi oleh isteri Margit Fischer serta delegasi negara itu tiba pada pukul 2.35 petang itu dan disambut oleh Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor, selaku menteri pengiring, dan Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay.

Lawatan sulung presiden itu bertujuan menggalakkan persefahaman dan memperkembangkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Austria.

Dr Fischer akan diberi sambutan rasmi di Dataran Parlimen pada pukul 8.30 pagi, Isnin sebelum diraikan pada majlis santapan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara.

Antara jadual lawatannya, Dr Fischer dijangka melawat simbol ikon negara seperti Menara Berkembar Petronas selain merasmikan Forum Perniagaan Austria-Malaysia di Kuala Lumpur sebelum berlepas untuk melawat bandaraya bersejarah Melaka.

Dr Fischer dan delegasi dijadual berlepas ke Jakarta, Indonesia, pada Selasa ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan