Perlis Mohon Bantuan Kerajaan Pusat Bantu Petani Terbabit Banjir

Diterbitkan: Ahad, 7 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Kerajaan negeri Perlis akan memohon bantuan kerajaan pusat bagi membantu golongan petani yang mengalami kerugian lebih RM12 juta setelah hasil pertanian mereka terutama padi musnah akibat banjir.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, permohonan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada masa terdekat ini bagi membantu meringankan beban para petani terbabit.

Katanya, banjir buruk yang melanda Perlis sejak Isnin lalu telah memusnahkan pelbagai tanaman seperti padi, buah-buahan, dan sayur-sayuran termasuk yang sedang dituai bernilai lebih RM 12 juta.

"Bantuan utama yang dipohon bersifat ganti rugi terhadap modal yang dibelanjakan oleh mereka seperti untuk membeli benih, baja dan racun," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa kawasan pertanian seperti sawah, ladang sayur-sayuran dan kebun buah-buahan di kawasan Parlimen Kangar, Arau dan Padang besar di sini hari ini.

Sebelum itu, Md Isa diberi taklimat mengenai bencana banjir yang merosakkan hasil pertanian oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi negeri, Sabry Ahmad.

Menurut Md Isa, kerugian bagi tanaman padi ketika banjir kali ini adalah kira-kira RM9.7 juta, sayur-sayuran lebih RM2 juta dan tanaman buah-buahan lebih RM344,000.

Beliau berkata, tanaman padi yang musnah itu pula berusia antara 20 dan 60 hari, sama ada di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mahu pun di luar MADA.

Perlis mempunyai kawasan tanaman padi seluas keluasan 14,593 hektar iaitu 6,177 hektar di luar kawasan MADA yang diusahakan oleh 5,776 petani, manakala tanaman padi dalam kawasan MADA seluas 8,416 hektar yang membabitkan 4,800 orang petani.

Md Isa berkata, kawasan di luar MADA menyumbang RM33 juta setiap musim tuaian, manakala hasil tuaian padi semusim dalam kawasan MADA pula RM59 juta.

Sebahagian besar daripada kawasan tanaman padi di Perlis terbabit dalam bencana banjir itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan