MCA Perkemas Jentera Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13

Diterbitkan: Ahad, 7 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA kini giat memperkemaskan jentera parti sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahad.

Beliau berkata semua anggota parti itu komited dalam usaha menjayakan hasrat MCA untuk membawa Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum itu selain terus menangkis pelbagai dakwaan pembangkang terhadap kerajaan pimpinan BN.

"Kita mengharapkan anggota parti boleh menyampaikan kepada rakyat mengenai segala usaha kerajaan yang memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka...kita mahu memastikan rakyat terus yakin dengan kepimpinan negara," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Katanya, beliau juga yakin MCA melalui pemimpin peringkat akar umbi, dapat menggembleng tenaga untuk memberi sokongan padu kepada Gagasan 1Malaysia yang diterima baik oleh semua masyarakat termasuk kaum Cina.

Beliau berkata kemenangan BN di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi membuktikan kaum Cina semakin memberi sokongan kepada kerajaan.

Liow sebelum itu merasmikan pertandingan separuh akhir syarahan politik MCA peringkat kebangsaan yang berlangsung sejak semalam. Pertandingan dua hari itu menyaksikan 21 peserta berjaya ke peringkat akhir pada 13 dan 14 November ini yang akan diadakan di Johor.

Mengulas pertandingan itu, Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata, pertandingan hari ini merupakan langkah persediaan parti melatih dan mencungkil bakat yang diharapkan dapat menjadi jurucakap MCA. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan