Mangsa Banjir Di Perlis Dapat Potongan Bil Air Bulan November

Diterbitkan: Ahad, 7 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kesemua mangsa banjir di Perlis akan mendapat potongan sebanyak RM20 bagi setiap bil air untuk bulan ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata potongan bagi bulan November itu ialah untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terpaksa menggunakan air yang banyak bagi membersihkan premis mereka yang dilanda banjir.

Bercakap kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Ahmad dekat sini Ahad, beliau berkata potongan itu juga turut diberi kepada penduduk yang tidak terbabit banjir.

"Walaupun ada penduduk yang tidak terlibat dengan banjir tetapi mereka juga turut terbabit membantu mangsa banjir termasuk menjadikan kediaman mereka sebagai tempat berpindah," katanya.

Beliau tidak menyatakan kos yang perlu ditanggung kerajaan negeri berikutan potongan bil itu serta jumlah pengguna bekalan air di Perlis.

Mengenai bantuan kepada mangsa banjir yang mengalami kerugian harta benda dan hasil pertanian, Md Isa berkata bancian akan dilakukan bagi membolehkan permohonan bantuan dikemukakan kepada kerajaan pusat.

Bagaimanapun, setiap mangsa banjir perlu membuat laporan polis secara berkelompok melalui kepimpinan tempatan seperti pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua unit peladang.

Beliau turut menasihati mangsa banjir supaya meminum air bersih atau air yang telah dimasak bagi mengelak sebarang masalah kesihatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan