Gerakan Mahu Penglibatan Dan Pengagihan Kekayaan Negara Lebih Saksama

Diterbitkan: Ahad, 7 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gerakan meminta kerajaan mempraktikkan keterangkuman dan melibatkan semua kaum dalam pembangunan sosio-ekonomi negara secara lebih berkesan dan bermakna selain mengagih kekayaan negara lebih adil dan saksama di kalangan semua lapisan rakyat selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE).

Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata selain itu, kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana harus diperkasakan lagi dengan pembangunan kapasiti dan keupayaan.

Katanya penekanan ini bukan hanya dalam bentuk kuantitatif yang berdasarkan kaum, tetapi juga harus bersifat kualitatif yang dijelmakan dalam bentuk ilmu, kemahiran dan sikap yang baik.

"Kita haru memfokus kepada hasil dan impak yang sebenar bagi kumpulan sasar dan bukan sahaja terhad kepada input dana yang mungkin terdedah kepada penyelewengan dan pembaziran," katanya pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-39 di Menara PGRM di sini hari ini.

Persidangan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kerajaan juga perlu melaksanakan pendekatan yang lebih inklusif dan berkesan yang berdasarkan keperluan dan merit dan bukan kaum semata-mata.

Beliau berkata strategi-strategi yang lebih berkesan juga perlu dibentuk untuk membantu dan menyokong usahawan kecil dan sederhana (IKS) daripada semua golongan kaum memajukan perniagaan mereka.

"Parti Gerakan di sini ingin menggesa agar satu strategi yang merangkumi inisiatif dan insentif dengan mentoring dan pemantauan dalam usaha untuk menggalakkan lebih banyak perkongsian dan usahasama 1Malaysia yang tulen, dan turut diberikan pengiktirafan dan anugerah yang sesuai," katanya.

Menurutnya dalam usaha menarik pelaburan yang lebih besar, negara antara lain memerlukan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif, liberalisasi sektor ekonomi dan nyahkawalselia yang lebih luas serta penurunan kos berniaga yang lebih ketara.

Dalam hal lain, beliau juga mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) memimpin dalam mempromosikan politik kesederhanaan dan kesederhanaan dalam berpolitik.

Sambil menyatakan sokongan padu parti itu terhadap seruan Najib untuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Sejagat baru-baru ini bagi menentang segala bentuk ektremisme, Koh mencadangkan supaya kerajaan melancarkan Gerakan Kesederhanaan Nasional 1Malaysia untuk menggerak dan merangsangkan rasa tanggungjawab dan rasa kewajaran di kalangan minoriti rakyat Malaysia.

"Kita harus melakukannya dengan sekadar segera disebabkan, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, suara-suara melampau semakin meninggi dan cuba menarik perhatian ramai.

"Ini telah mengakibatkan reaksi buruk, bukan sahaja di media dan internet, tetapi juga telah mencetus rasa resah dan marah di kalangan rakyat," katanya.

Koh juga memberitahu para perwakilan bahawa beliau mengunjungi Perdana Menteri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini di mana Najib menyampaikan salam dan semangat terus berjuang untuk perwakilan Gerakan.

Seramai 1,360 atau 60 peratus daripada 2254 perwakilan pusat Gerakan menghadiri persidangan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan