Gerakan Bertanding Semua Kerusi Terlepas Kepada Pembangkang Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 7 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gerakan akan bertanding di semua kerusi negeri dan Parlimen yang terlepas daripada tangannya sebelum ini pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Malah, kata beliau, parti itu telah mula membuat persiapan untuk merampas kembali kerusi berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, Gerakan kalah semua 12 kerusi negeri yang ditandinginya di Pulau Pinang dan hanya berjaya mengekalkan dua daripada 10 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Ini mendorong Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta kepimpinan Umno mengkaji semula peruntukan kerusi dan meletakkan lebih banyak calonnya di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini, Koh menyifatkan komen Zahid itu sebagai pendapat peribadi beliau kerana perkara berkenaan tidak pernah dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi dan Jawatankuasa Pengurusan Barisan Nasional (BN).

"Oleh itu saya anggap, kalau kawasan kita, kawasan kita-lah, dan kita akan membuat persiapan yang sepatutnya (untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang)," katanya.

Terdahulu, Koh berkata Gerakan akan mengenal pasti dan memperkenalkan calonnya bagi pilihan raya umum akan datang selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

"Kita akan mengenal pasti dan memperkenalkan calon-calon kita untuk diuji rakyat. Kalau didapati sesuai, kita akan meletakkan mereka sebagai calon pilihan raya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan