Dr Koh Janji Tukar Pendekatan Dari 'Tai Chi' Ke Kung Fu Mentadak' - Berita Semasa | mStar

Dr Koh Janji Tukar Pendekatan Dari 'Tai Chi' Ke Kung Fu Mentadak'

Diterbitkan: Ahad, 7 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Ahad berjanji akan lebih tegas dalam segala tindakan dan pandangannya terhadap sesuatu isu, yang sebelum ini dilihat anggota parti sebagai terlalu lemah lembut.

Mengibaratkan kepimpinannya sebelum ini seperti kung fu 'tai chi' yang lemah lembut, Koh berkata beliau akan menggunakan seni mempertahankan diri yang lebih keras iaitu kungfu 'mentadak'.

"Saya mungkin terlalu 'tai chi' kerana saya belajar kung fu ini sejak umur sembilan tahun. Tetapi sekarang, saya telah belajar kung fu 'mentadak' yang mana adik saya merupakan jurulatih kepada saya.

"Maka saya boleh menjadi 'keras' pada masa yang diperlukan kerana ia merupakan satu jenis kung fu yang nampak 'keras'," katanya semasa menggulung perbahasan pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-39 di sini.

Bagaimanapun, Koh berkata cara yang terlalu keras berkemungkinan besar akan membawa kesan negatif terhadap parti itu.

"Misalnya, sifat angkuh seperti Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teik Lee menyebabkan beliau tewas di dalam pilihan raya kecil Batu Sapi.

Sehubungan itu, kita perlu tahu mendapat keseimbangan supaya bertindak lembut atau keras dalam masa memerlukannya," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan