Tempoh Kelulusan Daftar Produk Farmaseutikal Dikurangkan Mulai Tahun Depan

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tempoh kelulusan pendaftaran produk farmaseutikal yang kini mengambil masa enam bulan, akan dikurangkan kepada 60 hari bagi produk dengan satu bahan, dan 80 hari bagi yang lebih daripada itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata langkah yang akan dilaksana tahun depan itu merupakan sebahagian strategi kerajaan untuk menggalakkan industri farmaseutikal, khususnya berkaitan produk kesihatan berasaskan sumber semulajadi dan ubat generik.

Bagaimanapun kata Liow, hanya produk yang memenuhi piawaian tertentu berkaitan kualiti dan keselamatan boleh didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) itu.

"Pengeluar produk harus menyertakan bukti pematuhan Amalan Pengilangan Piawai (GMP), dan bagi produk yang diimport, negara pengimport harus menunjukkan bukti produk tersebut turut dipasarkan di negara asal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai sektor bioherba, di sini, Sabtu.

Liow berkata sehingga akhir September lepas, sebanyak 43,424 produk telah didaftarkan yang mana 47 peratus adalah produk tradisional, 30 peratus produk preskripsi dan bakinya bukan preskripsi.

Kementerian juga sentiasa membuat pemeriksaan ke atas produk yang ada dalam pasaran bagi memastikan keselamatan dan kualitinya termasuk produk berasaskan bahan semulajadi, katanya.

Sementara itu mengulas isu berlainan, Liow berkata semua pesakit yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar telah dipindahkan ke beberapa hospital berdekatan setelah hospital itu mengalami gangguan bekalan air.

Beliau berkata hospital itu akan diberikan bantuan bekalan air bergerak pada kadar segera menerusi kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Saya sudah maklumkan kepada (Menteri berkenaan) Datuk Seri Shafie Afdal, minta beliau segerakan bantuan bekalan air ke hospital itu," katanya.

HSB mengalami gangguan bekalan air sejak lima hari lepas berikutan pemberhentian operasi Loji Bukit Pinang yang ditenggelami banjir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan