Tawaran Hebat Malaysia Airlines Untuk Semua Perjalanan

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jualan global Malaysia Airlines kini kembali dengan tawaran hebat untuk destinasi domestik dan antarabangsa dari 8 hingga 15 November.

Tawaran hebat untuk semua, jualan bermula dengan prajualan untuk ahli Enrich pada 7 November.

Prajualan tiket hanya dibuat menerusi pejabat tiket dan pusat panggilan Malaysia Airlines.

Dalam satu kenyataan harini, Naib Presiden Eksekutif Malaysia Airlines Datuk Bernard Francis berkata jualan global kali ini meliputi semua segmen dari penumpang perniagaan hingga ekonomi.

"Buat kali pertama, jualan juga termasuk untuk beberapa destinasi rakan perkongsian kod yang memberikan peluang hebat untuk pengguna terbang ke rangkaian luas kami di seluruh dunia," katanya.

"Pada masa yang sama, kami menghargai ahli Enrich dengan prebiu eksklusif sehari lebih awal berbanding orang ramai," katanya.

Penumpang kelas perniagaan boleh menikmati tambang dari RM799 ke Bangkok, Hanoi dan Manila, RM999 ke Taipei dan Xiamen, RM3,999 ke Melbourne, Sydney dan Brisbane dan RM2,199 ke Dubai dan Jeddah.

Perjalanan ke London dan Paris dalam kelas perniagaan hanya dari RM5,999 dan RM7,999 ke Los Angeles dan Buenos Aires.

"Jika anda berminat untuk terbang ke destinasi lebih dekat, kami menawarkan tambang kelas perniagaan dari RM299 ke Pulau Piang dan Langkawi, RM519 ke Kuching dan RM639 ke Kota Kinabalu," kata Malaysia Airlines.

Mereka yang terbang menggunakan kelas ekonomi, boleh memilih destinasi Asean seperti Jakarta dan Bandung dari RM199 dan RM339 ke Bali, manakala tambang ke Hong Kong dari RM349, RM599 ke Maldives dan RM889 ke Tokyo.

"Penerbangan ke destinasi Eropah pula dari RM1,599 ke London, Frankfurt, Paris, Rome dan RM1,699 ke Amsterdam," katanya.

Untuk pertama kalinya, pengguna boleh menikmati tambang diskaun ke destinasi perkongsian kod Malaysia Airlines dengan British Midlands (bmi), Alitalia dan KLM.

"Berhasrat terbang ke stadium Old Trafford? Tambang kini hanya dari RM1,899 ke Manchester menerusi London bersama bmi.

"Barcelona, Madrid dan Athens menerusi Frankfurt hanya dari RM1,999 dengan Alitalia. Brussels pada RM2,099 dan Oslo RM2,199 menerusi Amsterdam dengan KLM," katanya.

"Dengan tempoh perjalanan yang fleksibel dari 8 Disember 2010 hingga 30 September 2011 selain tambang yang kompetitif, ia merupakan perancangan percutian yang tepat pada masanya," kata Bernard.

Tambang hanya untuk satu perjalanan, Tiket boleh didapati di pejabat tiket Malaysia Airlines, pusat panggilan, ejen perjalanan terpilih dan secara dalam talian di www.malaysiaairlines.com. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan