SAPP Belum Buat Keputusan Petisyen Batu Sapi: Yong

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata partinya belum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi Khamis lepas.

"Kita belum melepasi fasa di mana parti perlu membuat keputusan. Kami mempunyai tempoh beberapa minggu untuk membuat keputusan. Lagipun baru dua hari selepas pilihan raya kecil itu," katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas merasmikan kongres SAPP 2010 di sini, Sabtu.

Beliau bagaimanapun berkata mereka akan melihat tindakan yang akan dibuat oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang turut kalah pada pilihan raya kecil itu.

"Jika Ansari memfailkan petisyen pilihan raya, kita akan menyediakan segala bukti yang ada. Kita mempunyai banyak bukti. Ia masih lagi diterima," katanya merujuk tentang dakwaan beliau pada ucapan pembukaannya mengenai perlakuan salah termasuk 'politik wang' yang didakwa dilakukan Barisan Nasional (BN) semasa tempoh berkempen dan selepas undian ditutup.

Dalam perkembangan lain, Yong, yang juga calon pilihan raya kecil Parlimen Baru Sapi, berkata beliau menyerahkan kepada PKR untuk mempelawa SAPP bergabung di bawah pakatan pembangkang.

"Kita telah berbincang bersama PKR beberapa kali. Tetapi buat masa ini kita belum bersedia untuk bercakap mengenai perkara ini. Keputusan di tangan mereka.

"Kita tidak menutup pintu," katanya apabila diminta mengulas mengenai kenyataan terbaru Ansari yang menyatakan daripada membuang tenaga dan sumber, SAPP seharusnya menyertai pakatan pembangkang," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN, Datin Linda Tsen dari Parti Persatu Sabah (PBS) menang dengan majoriti 6,359 undi selepas menewaskan Yong (2,031 undi) dan Ansari yang memperoleh 3,414 undi.

Tsen mendapat 9,773 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan