PM, Isteri Sumbang RM10,000 Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan Bas

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga tujuh anggota Belia 4B Kampung Baru, Siong di sini yang maut dalam kemalangan bas di Genting Sempah dekat Karak baru-baru.

Sumbangan peribadi Perdana Menteri dan isteri itu disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Rakyat Baling dan disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Abd Azeez Abd Rahim kepada keluarga berkenaan di Surau Kampung Baru, Sabtu.

Ketika berucap pada majlis penyerahan cek berkenaan kepada waris mangsa, Abd Azeez berkata sumbangan itu adalah tanda simpati Najib dan Rosmah kepada keluarga terbabit yang kehilangan anak serta suami dalam nahas itu.

Bercakap kepada media selepas itu, beliau menasihati penganjur rombongan agar mendapatkan perlindungan insurans sebelum bertolak serta tidak menaiki bas yang dalam keadaan mencurigakan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7.50 malam pada 29 Oktober itu, tujuh daripada 44 anggota rombongan berkenaan maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas tersebut.

Abd Azeez berkata kesemua waris bersetuju memotong RM2,500 daripada sumbangan yang diterima bagi tujuan upah mengerjakan haji untuk mangsa yang maut pada musim haji ini yang akan diuruskan beliau dengan pengurusan haji di Mekah.

Sementara itu, Hussain Hamid, 60, bapa Allahyarham Mohd Ridzuan, 17, berkata beliau dan keluarganya terharu dengan sumbangan peribadi Perdana Menteri dan isteri kepada mereka.

"Saya tidak menyangka sama sekali Perdana Menteri begitu prihatin kepada kami yang ditimpa masalah ini, serta kami mendoakan beliau cepat sembuh demam cacar yang dialaminya," katanya.

Abdul Mustafa Ibrahim, 60, bapa Allahyarham Mohd Fahmi, 17, juga terharu dengan simpati yang ditunjukkan Najib dan Rosmah kepada keluarga belia yang terkorban dalam kejadian itu.

"Kami tidak terbayang langsung Perdana Menteri begitu turut bersimpati dengan apa yang kami alami, dan kami terhutang budi kepada beliau sekeluarga dengan sumbangan RM10,000 ini," katanya.

Sementara itu, Zaharani Ibrahim, 38, ibu Allahyarham Mohd Firdaus Rosedi, 16, menangis selepas menerima sumbangan berkenan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan