Perdana Menteri Semakin Stabil: Liow Tiong Lai

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan baik dan stabil dengan pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau.

"Perdana Menteri akan sembuh dalam sedikit masa lagi," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas perasmian pusat terapi dan rehabilitasi, WQ Park, oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kelana Jaya dekat sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif WQ Park Datuk Dr Zulkharnain Ismail. WQ Park menyediakan rawatan selepas pembedahan serta khidmat pemulihan untuk kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Liow berkata kementerian kini mengalami kekurangan ahli fisioterapi dan berharap dapat mengatasinya di semua hospital kerajaan.

Beliau berkata pembinaan Hospital Rehabilitasi Cheras, dengan kos RM342 juta, dijangka mula beroperasi tahun depan.

Hospital itu adalah yang pertama khusus untuk rawatan pemulihan di Malaysia berikutan tumpuan kerajaan kini terhadap penjagaan dan pemulihan berbanding dahulu di mana pemulihan dilakukan di rumah selepas pesakit mendapat rawatan di hospital, katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Tengku Abdullah bertitah penyediaan pusat rehabilitasi seperti WQ Park perlu diwujudkan lebih banyak lagi di seluruh negara bagi membantu rakyat mendapat rawatan pemulihan yang komprehensif seperti di negara-negara maju.

Bagaimanapun, baginda meminta masyarakat bersikap prihatin terhadap golongan OKU dalam usaha membantu mereka berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan yang normal.

Sehubungan itu, baginda bertitah pihak swasta perlu mengadakan program tanggungjawab sosial korporat mereka dalam membantu golongan OKU dengan membina lebih banyak lagi pusat pemulihan pada masa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan