Pendakwah Perlu Jadi Suara Rasional Dalam Masyarakat: TPM

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan pendakwah diseru agar bangkit sebagai suara yang rasional dalam masyarakat bagi menghadapi asakan daripada kumpulan yang memahami Islam secara melampau.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebagai golongan yang dihormati dalam masyarakat, pendakwah akan dapat memainkan peranan memperjelaskan kebenaran ajaran Islam dengan lebih berkesan dan seterusnya menyatukan umat Islam.

Beliau turut meminta golongan pendakwah supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu yang mendalam tentang Islam serta bersedia dengan hujah-hujah dan nas-nas yang sahih bagi memperjelaskan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat, baik masyarakat Islam atau bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena sambutan ulangtahun ke-50 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Masjid Wilayah, di sini malam Sabtu.

"Usaha ini pastinya akan menghapuskan segala kekeliruan dan prasangka terhadap agama Islam, serta mewujudkan suasana kehidupan yang lebih harmoni dalam masyarakat.

Muhyiddin percaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini akan menghargai pendapat dan hujah yang dikemukakan secara rasional dan penuh tatasusila.

Beliau juga mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tugas dakwah kerana sebarang kecuaian dalam menyampaikan mesej dakwah akan mewujudkan kekeliruan tentang Islam dan menimbulkan prasangka antara agama.

Katanya dalam suasana masyarakat majmuk ini, para pendakwah perlu menyampaikan mesej Islam yang sebenar dan pada masa yang sama menjaga sensitiviti umat Islam dan penganut agama yang lain.

"Sesungguhnya, melaksanakan tugas dakwah dalam suasana kemajmukan agama ini pastinya menuntut kesabaran yang jitu, ilmu yang mendalam dan kemahiran yang tinggi di kalangan pendakwah," katanya.

Menurut Muhyiddin para pendakwah juga berhadapan dengan cabaran baru di era teknologi maklumat yang mencetuskan debat awam dalam pelbagai perkara, termasuk mengenai agama Islam, yang mencakupi soal akidah dan syariah.

Beliau berkata kekeliruan dan konflik timbul apabila perkara-perkara asas mengenai Islam diperdebatkan dan ditafsirkan menurut kefahaman yang cetek atau secara melampau oleh mereka yang tidak menguasai ilmu Islam secara mendalam.

"Dalam suasana kekeliruan ini, kita dapati ada kelompok yang menggunakan kaedah dan kerangka pemikiran sekular yang lebih liberal dalam mentafsir hal-hal agama, sehinggakan tafsiran mereka itu kadangkala kelihatan melampaui batasan syariah," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan anugerah kepada lapan tokoh jubli emas Perkim dan melancarkan buku "Tajdid Pemikiran Islam Tun Dr Mahathir" yang mengandungi koleksi ucapan bekas Perdana Menteri itu, yang juga Yang Dipertua Perkim.

Turut hadir pada majlis itu ialah Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, serta Setiausaha Agung Perkim Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan