Najib Bersemangat Tinggi, Semakin Beransur Sembuh, Kata Ketua Pengarah Kesihatan - Berita Semasa | mStar

Najib Bersemangat Tinggi, Semakin Beransur Sembuh, Kata Ketua Pengarah Kesihatan

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersemangat tinggi dan terus menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Sabtu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis telah pun dapat diatasi.

"Beliau kini mengikuti diet biasa," katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata Perdana Menteri dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi.

"Datuk Seri Najib mengucapkan terima kasih kepada pengirim ucap selamat yang mendoakan beliau supaya cepat sembuh," katanya.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan