Kepimpinan Koh Di Tangan Anggota Parti: Keng Yaik

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kuasa untuk menentukan sama ada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon boleh terus menyandang jawatan tertinggi itu atau sebaliknya terletak di tangan perwakilan parti, kata bekas presiden Tun Dr Lim Keng Yaik.

"Kalau beliau (Koh) berharap untuk terus memegang jawatan Presiden, maka itu bukan keputusannya tetapi perlu ditentukan oleh ahli parti.

"Sekiranya beliau memimpin parti dengan baik, maka berdasarkan perlembagaan parti, ia tiada masalah baginya menyandang jawatan tertinggi itu untuk lebih dua tahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan 2010 di Menara PGRM, di sini, Sabtu.

Sebelum itu, dalam sidang media berasingan, Koh, mengulangi pendiriannya untuk tidak memegang tampuk kepimpinan parti itu melebihi dua penggal seperti yang dinyatakan pada 2008.

Ditanya sama ada Koh boleh memegang jawatannya lebih dari tempoh dua penggal di samping tekanan yang diterima terhadap corak kepimpinannya, Dr Lim enggan mengulas tetapi percaya presiden parti itu akan berubah.

"Biarlah lihat dulu, kalau dia (Koh) tidak berubah, saya akan bangkitkan lagi tetapi dia adalah seorang yang bijak," katanya.

Pada bulan lepas, Dr Lim meletakkan jawatan sebagai penasihat parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Koh.

Mengenai calon yang dilihat boleh menggantikan Koh, Dr Lim menegaskan anaknya Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin bukan calon berkenaan.

"Saya tidak tahu tetapi yang pasti bukan anak saya kerana dia telah mengumumkan tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti akan datang, " katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan