Kelulusan Permohonan Baru Stesen Minyak Mini Luar Bandar Dibekukan

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah membekukan kelulusan bagi permohonan baru stesen minyak mini luar bandar di seluruh negara.

Beliau berkata kementerian telah menerima lebih 100 permohonan baru untuk membuka stesen berkenaan, namun tidak dapat diluluskan berikutan arahan membekukannya oleh kabinet.

Katanya, kabinet mahu melihat terlebih dahulu kejayaan proses penjenamaan semula stesen minyak mini luar bandar sebelum mempertimbangkan permohonan baru.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berharap proses penjenamaan tersebut akan dipercepatkan serta berjalan lancar bagi membolehkan permohonan baru dipertimbangkan.

"Kita memahami penjenamaan semula oleh pengusaha stesen memerlukan jumlah peruntukan yang banyak iaitu purata lebih daripada RM200,000," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan stesen minyak luar bandar Buraqoil di Temoyong, Sabtu.

Ismail Sabri berkata kementerian telah melancarkan program pembangunan dan penjenamaan semula stesen minyak mini luar bandar sejak dua tahun lepas, dengan 2010 diisytihar sebagai tahun pembangunan penjenamaan.

"Ini bagi mempertingkatkan aspek keselamatan produk petroleum di stesen mini luar bandar (di mana) pembangunan terancang yang memenuhi spesifikasi piawaian keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar disepadukan, supaya semua pihak memperoleh kesan positif," katanya.

Pada masa ini, terdapat 332 stesen minyak mini luar bandar di seluruh negara di bawah beberapa syarikat, termasuk Syarikat Ikatan Pengedar Terus Bumiputra (IPTB) Sdn Bhd.

Ketika berucap pada majlis itu Ismail Sabri berkata kerajaan mewujudkan stesen minyak mini di luar bandar bagi mempastikan rakyat menikmati harga jualan petrol dan diesel yang sama seperti di bandar. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan