Banjir: Sultan Kedah Lahir Rasa Dukacita, Minta Ketepi Fahaman Politik

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Sabtu melahirkan rasa dukacita baginda dengan nasib rakyat negeri itu yang berdepan kesukaran akibat dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah.

Bertitah pada majlis taklimat khas banjir di sini hari ini, baginda turut meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik dan tampil membantu demi kepentingan seluruh rakyat negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu.

"Beta berasa amat dukacita di atas kejadian bencana banjir yang telah melanda seluruh rakyat negeri Kedah yang tercinta ini, tapi beta percaya ada hikmah di sebalik semua ini.

"Marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat Allah dan yang penting sama-sama mengambil iktibar dan merenung serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini," titah baginda.

Pada majlis tersebut baginda turut mengumumkan sumbangan RM500,000 daripada hasil zakat negeri, serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir di Kedah.

Terdahulu Sultan Kedah dan Sultanah, Tuanku Haminah Hamidun berangkat melawat rakyat jelata yang terlibat dengan bencana itu di pusat pemindahan di Stadium Suka Menanti di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda berdua ialah puteri bongsu yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Hadir sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Md Hanipah.

Sultan dan Sultanah Kedah meluangkan masa hampir sejam bersama rakyat jelata di pusat pemindahan itu, sebelum berangkat ke Wisma Darul Aman untuk taklimat khas banjir.

Sementara, YSB turut menerima sumbangan sebanyak RM200,000 daripada individu yang tidak mahu dikenali bagi membantu mangsa banjir di Kedah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan