Banjir Semakin Pulih Di Perlis, Hanya 38 Pusat Pemindahan Masih Beroperasi

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Keadaan banjir di Perlis semakin pulih dan angka mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan kini berkurangan kepada 9,595 orang berbanding lebih 12,000 semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata kesemua kira-kira 20 pusat pemindahan banjir di Padang Besar telah ditutup.

Bagaimanapun 34 pusat pemindahan di kawasan Kangar dan empat di Arau masih beroperasi, katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Tinjauan Bernama di sekitar bandar ini juga mendapati kegiatan perniagaan yang lumpuh selama empat hari akibat banjir kini kembali pulih. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan