Banjir: Muhyiddin Minta Kerajaan Kedah Jangan "Lepas Tangan"

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan air bersih kepada mangsa banjir.

"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar, kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.

"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keusahawanan Kolej-Kolej Komuniti Wilayah Johor di Pagoh, Sabtu.

Pada Jumaat, ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung yang juga Anggota Parlimen Alor Setar, berkata kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS kurang bersedia untuk menghadapi bencana banjir.

Timbalan Perdana Menteri, yang akan melawat Kedah esok bagi meninjau keadaan terkini bencana banjir di negeri itu, berharap usaha pemberian bantuan kepada mangsa ketika ini yang tidak tersusun, akan menjadi bertambah baik.

Katanya kerajaan negeri perlu mengukuhkan persediaan logistik terutamanya operasi lori dan bot untuk memindahkan mangsa bagi melicinkan operasi menyelamat. Mengenai pemberian bantuan kepada golongan petani dan pesawah yang terjejas dengan bencana banjir, Muhyiddin berkata kerajaan akan memaklumkan mengenai bentuk bantuan selepas keadaan bencana itu reda.

"Kita (kerajaan) sememangnya memandang berat masalah yang ditanggung oleh petani dan pesawah dan kita akan mencari jalan untuk membantu mereka," katanya.

Tentang persiapan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian berharap bencana banjir itu akan reda sebelum bermulanya peperiksaan terbabit dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kita akan lihat situasi dan berharap keadaan (banjir) akan reda, tetapi kita bimbang akan ada gelombang kedua. Kita kena ambil perhatian, tetapi walau apapun kita kena kekalkan persiapan," katanya.

Terdahulu ketika berucap, Muhyiddin meminta setiap rakyat memiliki sekurang-kurangnya satu bentuk kemahiran dan mempraktikkan pembelajaran seumur hidup sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara maju.

Dengan 80 peratus daripada tenaga kerja di negara ini hanya memiliki kelulusan SPM dan ke bawah, beliau berkata usaha 'upskilling' atau 'multiskilling' pekerja negara ini perlu diperhebatkan.

"Kita tidak boleh hanya bergantung kepada kelulusan akademik sahaja, tetapi soal kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat juga penting dalam usaha kita untuk menjadi negara maju," kata Timbalan Perdana Menteri.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Prof Madya Dr Kamaruddin Kasim. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan