Najib Tetap Jalankan Tugas Walaupun Sakit

Diterbitkan: Jumaat, 5 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun diberi cuti sakit dan dinasihatkan untuk berehat di rumah, Datuk Seri Najib Tun Razak masih melakukan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun hanya mengendalikan surat-surat yang mustahak dan penting yang memerlukan perhatiannya, katanya kepada Bernama menerusi panggilan telefon di sini malam tadi.

"Saya merasa rimas kerana duduk berehat sahaja. Saya (sudah biasa) sentiasa sibuk," katanya dan menambah beliau telah mengisi masa tersebut dengan membaca.

Najib demam cacar sebaik kembali dari menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17 di Hanoi, Vietnam pada Ahad lepas.

Apabila ditanya bila beliau dapat bertugas semula, Najib berkata: "Kena tunggu proses pulih sepenuhnya. Proses ini tidak boleh dipendekkan."

Ditanya bagaimana keadaan beliau sekarang, Najib berkata: "Kena bersabar." -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan