N45 Galas: Strategi Ku Li Menjadi, Kata Mustapa

Diterbitkan: Jumaat, 5 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Strategi gerak kerja kempen yang digunakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah merupakan faktor kemenangan parti itu dengan majorit besar iaitu 1,190 undi.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pendekatan yang lebih lembut iaitu dengan bersemuka dengan pengundi adalah formula terbaik hingga berjaya memenangi hati rakyat. Malah beliau berkata kemenangan dengan majoriti besar itu adalah sesuatu diluar jangkaan.

"Strategi Tengku Razaleigh iaitu dengan bergerak dari rumah ke rumah adalah sangat berkesan berbanding dengan mengadakan ceramah-ceramah besar," katanya kepada media selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas di sini, malam Khamis.

Selain itu beliau berkata kemenangan berkenaan merupakan petanda baik kepada kebangkitan BN di Kelantan.

"Kemenangan ini sesuatu yang di luar jangkaan kerana pada awalnya kita jangkakan peluang 50-50 atau menang tipis, tetapi peningkatan jumlah undi ini sesuatu yang di luar jangkaan.

"Ini petanda yang baik bermakna rakyat telah terima transformasi yang dibuat kerajaan BN dan menolak strategi pembangkang yang menabur fitnah, bongkak dan kasar," katanya.

BN yang diwakili Ab Aziz Yusoff merampas semula kerusi DUN Galas daripada PAS dengan majoriti 1,190 undi dengan memperolehi sebanyak 5,324 undi.

Beliau menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed yang mendapat 4,134 undi. Sementara itu Tengku Razaleigh ketika ditemui di kediamannya di Bukit Cekati menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai isyarat sokongan golongan muda yang menantikan perubahan teutamanya peluang pekerjaan di negeri ini.

Sambil menyifatkan kemenangan ini sebagai kejayaan semua pihak, Tengku Razaleigh berkata beliau berharap pendekatan yang digunakannya pada pilihan raya ini akan digunapakai oleh jentera BN.

Menurutnya jentera semua parti komponen BN berubah dengan tidak lagi berkempen secara tradisi yang diamalkan sejak merdeka, sebaliknya menggunakan saluran media seperti elektronik, cetak dan alternatif, yang kini lebih di gemari oleh rakyat di negara ini. "Saya harap pendekatan ini akan diterima dalam pilihan raya umum akan datang kerana ia tidak menyusahkan rakyat kerana mereka tidak meninggalkan tempat masing-masing, sebaliknya kita pergi kepada mereka," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan