Kemalangan 5 Kenderaan Punca Kesesakan Teruk Lebuhraya PLUS Bangi-Seremban

Diterbitkan: Jumaat, 5 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesesakan teruk di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke selatan bermula di persimpangan sehingga Seremban ekoran kemalangan yang berlaku di Kilometer 278.

Menurut jurucakap PLUS yang dihubungi mStar Online sebentar tadi memberitahu, kemalangan itu melibatkan lima buah kenderaan yang dipercayai dipandu laju.

Katanya lagi, kesesakan di lebuh raya itu bagaimanapun terkawal dan dipantau syarikat konsesi itu ekoran cuti umum pada hari ini.

Bagaimanapun, punca sebenar kemalangan itu. tidak dapat dipastikan. Dijangkaan kesesakan itu akan pulih dalam masa beberapa jam.

Pengguna jalan raya yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai keadaan lebuh raya Plus boleh menghubungi talian 1-800-0000 untuk keterangan lanjut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan