Warga Emas Meninggal Dunia Kerana Denggi

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah berusia 69 tahun dari Taman Ampang Jaya, Selangor, meninggal dunia minggu lepas akibat demam denggi menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 119 kes tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata bagaimanapun kes demam denggi bagi tempoh seminggu sehingga Sabtu lepas menurun kepada 807 kes berbanding 888 kes pada minggu sebelumnya.

Wanita warga emas itu meninggal dunia pada 23 Oktober akibat 'dengue shock syndrome' di sebuah hospital swasta, selepas mengalami demam pada 17 Oktober, katanya dalam satu kenyataan, di sini, Khamis.

Beliau berkata pengamal perubatan di hospital itu juga telah dikenakan kompaun kerana lewat melaporkan kes denggi tersebut, yang menyebabkan semburan kabus hanya dapat dilakukan ke atas 74 peratus daripada 800 kediaman di kawasan yang terbabit.

"Walaupun telah berlaku kematian akibat denggi di kawasan tersebut, namun masih tiada usaha penduduk setempat melaksanakan aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan mereka," katanya.

Mengulas mengenai kes denggi keseluruhan, Dr Ismail berkata empat negeri menunjukkan peningkatan iaitu Selangor (meningkat 19 kes), Perak (4 kes), Kedah (3 kes), manakala dua kes bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Daripada 247 lokaliti wabak denggi yang dipantau di seluruh negara, sebanyak 26 dikenal pasti sebagai 'hot spot' dengan tujuh daripadanya mempunyai kadar pembiakan nyamuk aedes yang tinggi.

Lima daripada kawasan itu terletak di Selangor iaitu Apartment Taman Tenaga (3), Kg Rajah Rawang, Selayang Baru K4, Taman Greenwood dan Apartment Sri Anggerik 7, Bandar Baru Bangi.

Di Melaka terdapat satu lokaliti iaitu di Jalan Taming Sari dan satu lagi di Johor iaitu di Taman Kg Majid.

Bagi kes Chikungunya, terdapat empat kes dilaporkan pada minggu lepas iaitu tiga di Sarawak dan satu di Johor, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan